Click here for Myspace Layouts

Jumaat, 4 November 2011

sayang

Malam ni zul ada bbm dia mintak maaf kat dia pasal ..
semua yang jadi, tapi dia wat macam tak layan... apa yang dia tulis
kat status bbm dia betul-betul buat zul sedih, tapi apa yang
zul boleh cakap tu hak dia, zul tau zul salah..tahla, zul tak taula
tapi malam ni pikiran memang kusut bila pikir pasal dia
zul betul-betul masih sayang kat dia, tak penah bemci or
mara kat dia, mungkin masa mintak putus tu, zul punya pikiran
betul-betul serabut.. pape pun zul betul-betul masih sayang kat dia.
teralu sayang dia <3

Khamis, 20 Oktober 2011

Hang out




Hari ni kuar gah si Encik Izzi saleh ke jusco bukit tinggi 2.
kitaorang kuar jam 3,00 petang and tujuan utama kitaorang
ialah nak tengok wayang , cerita kitaorang hari ni ialah real steel..
cerita ni memang best la, cerita ni megisahkan perlawanan antara robot.
masa dalam wayang tadi mula zul ok je takde la sejuk macam si en izzi
ya-ya mengejek dia sebab baru masuk dah sejuk.. hahaha.. last-last dah bape
minit cerita start punya la sejuk macam nak beku dah dalam wayang tu memang
terlupa gila nak bawak sweater tadi.. peh sengal je.. lepas tengok wayang kita orang
pusing-pusing lagi dalam mall.. then kol 800 malam kitaorang kuar dari mall sebab
nak gi makan malam, lapar kot dari petang tak makan pape.. masa kat jusco banyak gila
benda kelakar kuar dari mulu si izzi.. hahah... antaranya masa kitaorang nak gi makan
konon nya dia nak cakap nak makan kat kopi tiam tapi dia salah sebut dia cakap nak
makan kat kopi tam.. zul punya la gelak masa tu.. hahahah sampai sekarang zul bahan dia..
hahahaaha.... tu dia, masa kitaorang gah cari kedai makan pulak, zul nampak la satu kedai
makan dia tuis situ kedai makan atok ayah zul nampak macam tok ayam, hahaah
si izzi gelak macam tak ingat dunia.. hahahah.. siut betul... lepas cari kedai makan kat bandar
puteri tak jumpe kitaorang terus pergi sek 19, makan kat sane.. kitaorang makan kat
kedai makan kat sek 19 kedai cina muslim sedap kot makanan situ.. lepas kitaorang terus balik
umah.. pape pn best kuar gan encik izzi.. hahahaahahahahaahah...... :P

Rabu, 19 Oktober 2011

Sial sangat

Ko tak habis-habis nak kacau hidup aku kan dak siall..
aku benci gila gan ko.. kalau aku dah tak nak kapel gan ko tu dh la..
tak paya la nak sibuk-sibuk lagi kacau aku.. ko tu dasar sundal tau tak..
ko memang rasa nak je report polis, ko tak habis-habis kacau aku, ko dah
hancur kan hidup aku, ko dah malukan aku, apa lagi ko nak..
apa lagi ko nak buat supaya ko puas.. memang manusia bertopeng syaitan la ko ni...
sial .

Isnin, 17 Oktober 2011

Kebahagian Kembali


14102011

Kebahagiaan Kembali Padaku

FACEBOOK -> BBM

baru beberape hari zul putus dengan sidia. memamng tak di naffikan memang sedih dan betul-
betul kecewa hati ni.. tapi ada seorang ni yang membuat kan hati zul betul-betul happy n membuat an zul lupa sedikit demi sedikit hati yang sudah di lukai ini.. zul mula mengenali
sidia Di lamen sosial facebook pada mulanya zul dah add BBM dia beberape hari dan mungkin
dia tak perasan yang zul add dia, beberape hari selepas add bbm dia , kami IM di Facebook
dan kami mula mengenali satu same lain sehingga membuat kan zul betul-betul jatuh hati kat dia.. Sehingga tiba-tiba dia cerita yang dia ada suka seseorang yang dia sayang and cinta.. masa
tu zul betul-betul rasa Down masa tu sedih memang sedih gila :( ... Tiba pada satu masa yang
dia suka zul dan dia cakap zul buat kan dia betul-betul happy.. masa tu hati zul betul-betul
happy rasa macam nak peluk je dia.. hehehe :D Selepas tu kitaorang saling bbm sehingga zul betul-betul dah rasa sayang kat dia sampai satu masa dia kata yang dia sayang zul and nak buat relationship kat Facebook , masa tu zul cakap tak boleh sebab atas sebab-sebab tertentu.. and selepas satu masa zul suruh dia add facebook and kitaorang pun membuat relationship dan secara rasmi jugak pada 14102011 zul kapel dengan dia dan sehingga ke hari ini zul dan dia happy sangat.. Apa yang membuat kan zul betul-betul sayang kat dia ialah , dia suka memberi sokongan dekat zul and nasihat kan zul tentang perkara-perkara yang zul patut tingal kan... and dia sentiasa faham zul.. zul betul-betul sayang dia :* Walaupun sekarang ni kami berjauhan tapi tak apa zul tetap sayang dia.. and lepas ni pun dia akan masuk ke kolej yang same dengan zul , lepas ni boleh la jumpe dia haru-hari.. heheh.. :D Zul Betul-betul Sayang Awak <3 harap awak tak kecewakan zul macam yang lain tu k :*



Sabtu, 15 Oktober 2011

Hang Out

15102011

Hari ni Kuar dengan encik ikhwan

Zul keluar dari rumah jam 10.oo pagi sampai dii ktm shah alam jam 1020 pagi... dah la time-time macam ni ramai budak-budak akak-akak abang-abang and pak cik mak cik nak ke kota metropolitan kualam lumpur, so faham-faham la punya la ramai.. jam 1030 pagi tren sampai , nasib baik la dalam tren tak ramai sangat tapi tak ramai pun aku kena berdiri gak, so memang han**** la kan.. hahahaha.... tp hati tetap sabar sebab depan aku, aku ternampak ada sorang ni cantik kot, so hati dah memang terpikat la. hahahahahaah....so cover la kan.. choi :p hahaha..
jam 1120 pagi zul sampai dekat kl sentral sane tak de la ramai lagi mungkin sebab pagi lagi kot..
so zul terus ke monorel masa samapai kat lampu isyarat tu dah rasa menyampah la sebab tau-tau la kat kaunter t ramai budak-budak celcom jual sim card la bagai, pastu pakse-pakse orang, katanya free la bagai.. zul wat tak tau je gan dorang tu, terus je pergi kat kaunter beli tiket ko chow kit, sebab cik ikhwan tunggu sane sebab nak pergi rumah dia amik barang. sampai chowkit amk texi pergi rumah dia amik barang then lepas tu jalan kaki pulak gi bas stop untuk amik bas ke chowkit balik... sampai chowkit naik tren ke kl sentrel balik sebab kitaorang nak ke KLCC, si ikhwan ni sibuk nak jumpe kawan dia, samapai kl sentrel kitaorang amik putra ke klcc, sampai klcc ikhwan jumpe kawan dia dalam 15 minit lepas tu kitaorang pusing-pusing dalam klcc sebab mencaari kfc tak jumpe,, hahahah.. dah fedup cari tak jumpe kitaorang kuar, jalan kaki menuju ke Paviion pulak.. hahaha.. sampai je pavilion zul macam dah nak pengsan. penat kot jalan kaki, hadui... sampai sane kitaorang jalan-jalan jap, pastu terus pergi kfc, masa tu perut memang dah lapar tekak haus semua.. masa tengah beli kfc tu agila, zul pusiing-pusing belakang je tetiba nampak sorang musuh zul gan sorang budak yang zul rasa dah memang minat gila.. masa tu memang tak taula nak buat apa, nak lari tak boleh, so buat tak tau las, last-last nasib baik dia bla,, and mungkin dia tak nampakla, kalau tak memang gaduh la kat situ. hahaha.. then zul gan wan terus kan makan sampai habis, lepas tu gerak bukit bintang sungai wang times square.. lepak-lepak tiba-tiba kawan zul meseg and ajak jumpe petang tu, so plan la nak jumpe kat sungai wang tungu punya tungu sampai kol 7 tak sampai-sampai kata nya tungu kawan la apa la... memang malas la kan nak tungu lame.. last-last zul cakap gan wan balik la, dah la gah penat dari pagi jalan.. so zul terus balik sampai kl sentrel and balik shah alam terus... memng penat gila..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Bodoh

seorang hamba allah yang tak reti nak faham and terima hakikat yang zul memang dah tak boleh nak terima dia lagi dalam hidup zul.. kalau zul dah tak boleh terima cinta awak balik terima jela, ni tak maki hamun zul kat facebook bagai, gat zul ni tak e maruah ke tak ada perasaan ke.. cuba kalau orang lain buat kat awak macam tu, mesti awak marah kan mesti malu.. tapi awak tak penah fikir semua tu, tolong la jaga air muka orang jugak, plss la...isyllh ada jodoh kita tetap akan bersame.. zul tetap sayang awak, cume sekarang kita jadi kawan dulu ok... zul tak nak kita berdendam and bermusuh tu je,, zul harap satu hari nanti pintu hati awak akan terima zul sebagai kawan n hati awak lembut untuk berubah dari maki hamun orang ....

Rabu, 12 Oktober 2011

FirstTime Carvig


NI buah limau yang pertame kali zul nak cuba-cuba ukir la konon..
hahahah... tak jadi langsung, dah macam apa tah.. huhu..
apa pun zul dah tray nak buat, zul nak berlatih n latih tangan ni lagi
supaya senang and lembut untuk ukir buah.. :P

Ahad, 9 Oktober 2011

Im Back

Hai...
Mulai saat ni zul akan aktiv balik untuk menulis dan memenuh kan lg blog zul..
dah dekat 7 bulan zul tidak menuis blog di sebabkan terlalu bz dngn mcm2 hal..
Nantikan penulisan & cerita-cerita terbaru mengenai zul :)

Jumaat, 3 Jun 2011

Dance

Sabtu, 14 Mei 2011

PTPL IDOL


PTPL IDOL
Adalah Event Pertame Yang Zul Join semase masuk ke dalam kolej..
ptpl idol adalah event yang berkaitan dengan pertandiangan nyayian yang dikendaliakn
oleh Art Screen pertandingan ini di join oleh semua ptpl di seluruh negeri malaysia termasuk
la kempus induk kami iaitu MSU.. zul join klab ni bersame dengan duaorang kawan zul iaitu
Jojo dan Boy.. kami di beri tugasan pada jam 5 petang iaitu zul dan boy ditugakan
untuk menjaga lampu jojo pula menjaga peserta.. jam 6 petang semua mula membat latihan terakhir.. memang seronok bila dapat join klab macam ni.. hehehe... jam 7 petang kami semua balik untuk bersiap jam 8 malam zul jojo and boy sampai di kolej zul mengena kan pakaian serba putih jojo pula style dengan jaket hitam n skirt kembang boy pula sempoi.. kami ke tempat tugasan untuk membuat latihan lengkap serta zul dan boboy menunggu para peserta datang untuk menerangkan jenis lighting macam mane yang mereka nak :) malam tu jugak kawan kami nabila memasuki pertandingan ni dia membawa lagu ziana zin... jam 9 malam pertandingan bermula dengan pembukaan dance dari para pelajar kolej dengan gabungan pelbagai lagu betul-betul best... jam 11 malam penyampain hadian dan mengetahui pemenang untuk ptpl idol.. pelajar dari msu memenagi tempat pertame kedua dari ptpl shah alam iaitu kawan kami bea.. tahniah di ucap kan pada semua peserta :)

Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu
Buat Ibu Ku Yang Tersayang

Teremi kasih sebab selame ni menjaga and mendidik adik dengan sempurne
dan menjaga makan minum adik gan baik.. terima kasih mama..

<3 LOVE U MORE <3

Sabtu, 7 Mei 2011

PTPL

05.05.2011

..saya telah mendaftar masuk ke kolej ptpl shah alam di dalam jurusan Hospitaliti seni kulinari..

pada jam 9.40 pagi saya bersame dengan mama dan papa telah sampai di hadapan dewan G untuk mendaftar masuk... selesai pendaftaran mama & papa borak-borak dengan kounslor bertanya mengenai rumah dan kolej.. saya pula sibuk call si muhamad dan hairy yang tak sampai-sampai lagi.. bl di kata kan 10 kali call dia, kata nya dh nak sampai tp x sampai-sampai.. yang x boleh bla alasan sesat dia 2, padahal kolej 2 bukan tersorok.. hahhahaa...
jam 11.00 drng 2 orang sampai di kolej , dan aq bawak dorang tok daftar masuk.. selepas tu kitaorang berjumpe dengan kakak izzaty untuk selesai kan hal rumah.. kitaorng mintak 1 rumah untuk duduk sekali... Selepas setl semua hal di kolej kami pergi melihat rumah sewa ..
di sini la semua 1 hari zul abis dan rasa macam tak percaya yang sekarang zul dah begelar seorang pelajar kolej :) zul akan stady betul-betul sebab semua ni untuk masa depan zul :)

Jumaat, 29 April 2011

Bunga

Bunga ROS MERAH & PUTIH

Dah berape hari ni aku teringin gila
nak bunga ros merah & putih.. aku tak tau
kenape rasa nak sangat.. kalau ada orang bagi
aku kan best..hehehe....nak sangat....

Belons

Hari ni pada jam 6.46 petang aku ke bess untuk
membeli Belon untuk AMEMBER DAYS sabtu & ahad.
dengan yakin nya aku masuk ke kedai bess untuk membeli.
sebelum petang aku dah tengok harga belon tersebut, aku
ingat harganya RM5.20 dengan yakinya tak mintak duit kat semua
orang sebab ingat uit cukup, masuk je dan amik belon tersebut rupanya
harganya RM5.90... peh dah la duit tak cukup nak bayar.. aku terus call farah
tanya nak beli ke tak..hahaha... aku pegi ke the store nak tengok kalau-kalau
ada jual belon, ada memang ada tapi harganya lagi la mahal sampai RM12.90...
aku naki balik ke bess beli 3 peket je ...

Jam 7.55 malam kitaorsng mula meniup belon , sampai 7 orang tiup...
memang penat gila nak tiup dah la belon tu jenis yang tebal, memang penat
la mulut nak meniupya.. sampai tekak aku pun sakit.. peh memangla siut..
kitaorang siap tiup semua belon dalam pukul 8 lbih , dan aku terus gantung kat
lampu lampu semua departmen yang penting dekat departmen aku mesti
penuh dengan belon..hahaha.. memang meriah...

ramai ramaila datang ke AMEMBER DAYS kedai kitaorang

Lokasi : ITMAS Shah Alam ( Plaza Alam Sentral )
Hari : Sabtu Dan Ahad ( 31.4 & 1.5.2011)
Masa : 11.00 Pagi - 9.30 Malam

Tergelincir

Hari ni memang malu gila

hari ni aku turun nak pergi tapau dalam pukul
3.00 petang .. mula mula aku pergi tapau dekat
bagan sebab si Saiful nak makan nasi goreng cili padi.
lepas tu aku dengan ajai ke Popeye depan Plaza
farah nak makan mee rebus la pulak..nak menuggu pulak..
dah beli farah punya makanan, beli si ajai punya pulak dekat biss
dia nak makan roti pulak..aku gan dia pergi la dekat biss, aku pun tinggal
kan dia kat sane dan aku ke KFC , sampai samapai kfc aku tengok
panjang pulak orang beratur nak beli..hadui malang malang.. dahla masa
dah nak abis, aku pun beratur la sampai ajai sampai, dia sampai je kat kfc
aku suruh dia tolong sambung baris dekat barisan aku sementara
aku pergi amik makanan dekat bagan...aku keluar je dari pintu kfc belah tepi
tiba tiba kaki aku melangar sesuatu yang sangat licin tambah dengan
kasut aku yang dah sememang nya licn, dengan itu aku tergelncir dengan
gaya yang amat baik dan bunyik yang sangat sedap terkeluar dari mulut aku..haha
masa tu aku memang dah tak pandang kiri kanan mane taknya semua orang pandang
aku.. aku terus je pergi kaunter untuk amik makanan aku..masa tu ingat nak lalu
pintu tepi bagan , tengok tengok dorang tengah wat sesuatu dekat situ, peh memang
siut gila, aku dah la malu nak lalu sane, tapi aku buat bodoh je..hahahaha..
hari yang malu sangat... malu la awak... hehheehehehe.......

Rabu, 13 April 2011

Happy Birthday

13.03.2011

Happy Birthday My Love

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 18 Dear
saya sayang dekat awak sangat sangat
semoga awak panjang umur dan di murah kan rezeki.



Selasa, 5 April 2011

IM Not Single

pada 06.04.2011
dengan rasminya aku sudah
menjadi hak milik orang sekarang.
dah tak boleh nak nakal-nakal lagi..
hahahaha....:D

aku harap hubungan aku kali ni boleh
bertahan lame dari yang sebelum ni..
& aku harap dia boleh jaga aku dengan baik..

aku akan sayang dia dengan sepenuh nya,
harap dia pun macam tu..

Ahad, 27 Mac 2011

Barang hilang


Hari ni memang tertekan gila...
hari memang ramai gila pelangan
dekat kedai..sampai kitaorang tak cukup
staf nak layan semua..yang peliknya
bila petang baru ramai orang, masa pagi gan
tengahhari tak de pulak orang..hadui...
yang paling tertekan lagi bila lepas kitaorang
siap kira stok & laporan di buat ada satu barang
dekat dalam kedai hilang.. tapi nasib baik barang yang
hilang tu hanya 1 speaker yang berharga RM15.90..
dan kitaorang kena bayar 2 kali ganda.. sorang kena
bayar RM4.50.... lepas kitaorang siap bayar semua duit,
ada satu kes curi fon dekat depan kedai kitaorang,
memang riuh gila kat mall ni..hahaha....

Ahad, 13 Februari 2011

Valentine's Day <&> Maulud Nabi

Ulasan mengenai Valentine’s day dan Maulud Nabi. Kedua-dua sambutan ini kebetulan belangsung pada hari bersebelahan. Jadi, apabila ditanya antara kedua-dua tarikh tersebut, yang mana patut kita sambut?

Lebih 90% daripada kita akan jawab Maulud Nabi.

Tentang Valentine’s day, alhamdulillah semakin ramai mendapat info tentang kesedaran di sebalik sambutan songsang ini. Kesepakatan kita menentang sambutan ini bukan sahaja digempur oleh para ulama, ustaz, ustazah, malah mereka yang bercouple, pasangan boyfriend dan girlfriend atau kekasih-kekasih di luar sana turut turun padang menyertai kempen membanteras sambutan ini. Amat menakjubkan bukan? Dengan menyertai kempen anti-Valentine's day ini, adakah ini bermakna mereka yang bercouple akan bersetuju untuk duduk diam di rumah, tidak berdating dan tidak akan memberi bunga ros kepada pasangan mereka pada tarikh tersebut? Bagaimana pula setelah tamat tarikh keramat tersebut, adakah mereka akan kembali bersambung menikmati kehidupan sebagai kekasih semula? Ini yang kita mahu mereka fikirkan.

Mengenai Maulud Nabi pula, apabila tiba tarikh tersebut barulah kita sibuk menyebut nama baginda Rasulullah SAW. Kita mula kembali masuk ke masjid mendengar ceramah perjuangan baginda. Kasih sayang terhadap baginda ditunjukkan menerusi semangat berarak di jalanan sambil berselawat dengan kuatnya. Namun amat malang juga, selang sehari selepas itu, semangat itu entah hilang ke mana. Sunnah baginda pula dibuat tidak endah. Adakah cinta kita pada Rasulullah SAW hanya layak diberikan pada tarikh kelahiran baginda sahaja? Mengapakah kita sibuk berarak yang entah kita tak tahu sunnah atau tidak, sedangkan sunnah yang dituntut lain kita tinggalkan sama sekali?

Berdasarkan persoalan-persoalan yang diberikan pada kedua-dua situasi di atas, saya ingin mengajak anda berfikir, mengapakah tindakan kita hanya dilakukan bermusim sahaja? Apakah tuntutan agama hanya khusus terhad pada satu-satu hari tertentu sahaja? Alangkah indahnya jika semua orang menganggap setiap hari adalah Valentine’s day dan setiap hari juga adalah Maulud Nabi. Maka setiap hari juga kita menentang segala gejala songsang membabitkan pasangan kekasih, dan setiap hari juga kita sentiasa menjunjung baginda Rasulullah SAW dengan sentiasa melaksanakan sunnah baginda. Mulai sekarang, ubah cara kita berfikir!


*"Alangkah indahnya jika semua orang menganggap setiap hari adalah Valentine’s day dan setiap hari juga adalah Maulud Nabi. Maka setiap hari juga kita menentang segala gejala songsang membabitkan pasangan kekasih, dan setiap hari juga kita sentiasa menjunjung baginda Rasulullah SAW dengan sentiasa melaksanakan sunnah baginda"

Jumaat, 28 Januari 2011

Lame Sudah

dah lame aku tak update blog ni
maklum la sejak-sejak dah mula kerja
ni blog pun dah tak sempat nak update.
facebook aq pun kadang-kadang online
sekejap je, maklum la balik kerja dah pukul
berape..so sejak kerja ni aku tak sempat nak
nak tulis dalam blog, aku tulis dulu dalam
diary aku and baru aku masuk kan dekat blog
hehehe...ok la tu kan, kang aku lupa pulak..
hahahaa.....nantikan kedatangan cerita baru.
wah.wah..wah...:02:

Ahad, 9 Januari 2011

AJL 25

Artis-artis yang bertanding

Yuna - Cinta Sempurna
Tomok - Berlari
Hafis - Noktah Cinta
Hujan - Mencari Konklusi
Syahir - Kebahagian Dalam Perpisahan
Adira - Ku Ada Kamu
Stacy - Jahat
Black - Sofea Jane
Api - Pelita
Bunkface - Ekstravaganza
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Faizal Tahir - Selamat Malam & Hanyut
Meet Uncle Hussain - Drama King

AJL 25

Semalam aku tak dapat nak tegok AJL 25
semua di sebab kan kerja balik pukul 10..
sampai rumah dalam pukul 10.30 dapat
tengok separuh je...memang kecewa suda.
hahaah...tapi pagi ni aku tengok dekat you tube
semuanya best-best..tapi yang aku paling suka
tengok persembahan malam tu..
ana raffali, faizal tahir, hafis...tapi yang betul-betul
buat aku rasa merasai persembahannya adalah
hafis dengan lagu noktah cinta..peh dia punya
memang gempak gila la, lagi-lagi masa dia kena
tembak tu..memang gempakla..pada yang
yang menang tahniah di ucapkan ya....

Khamis, 6 Januari 2011

Salah Tempat

Semalam satu kedai ni suruh aku datang interview
petang, tapi di sebab kan aq tengah keje so aku
cakap gan dia aku datang malam dalam pukul 9.
balik je dari kerja semalam aku terus pergi kedai
tu, semangat gila aku nak pergi semalam..sampai je
kat bangunan tu, aku terus pergi kedai tu...
aku terus pergi kedai nagoya, lepas tu aku pergi kat
kaunter and aku cakap tadi ada orang suruh datang
interview , lepas tu dia suruh aku jumpa sorang perempuan
cina ni, lepas tu dia tnya aku nak kerja sampai bila..
so aku pun cakapla aku nak kerja sampai aku dapat
sambung stady, tapi dia kata manager tak nak
budak lepasan spm, memang sengal la..sampai rumah aku
megutuk dia...Bila aku bangun tadi aku tengok fon
aku ada missed call dari orang kedai tu...aku pun
anta la mesej ada apa encik?, lepas tu dia kata kenape
tak datang interview, aku pun cakapla semalam ada
cina kata yang dia tak nak budak lepasan spm..
lepas tu dia kata mungkin awak ni salah kedai...
aku pun dah pelik la..kedai mane lagi yang ada kat sini..
aku pun tanya la kedai nya yang mane satu sebab
takut silap, lepas tu dia kata kedai dia kedai pak hailam..
peh rupanya aku salah masuk kedai da..hahaha...
malu gila, nasib baik tak de orang tau..hahah...rupanya
kedai kat bawah tu..aku salah save no dia, aku tulis
kedai nagoya..hahahah...memang sengal gila..hha:05:

Celcom



.. CELCOM BROADBAND ..

Tempat : Alam Sentral & PKNS
Masa : 8.30 pagi - 8.00 malam
Rehat : Setengah Jam Sahaja

Hari ni aku start kerja baru dekat
tempat yang tertera di atas..mula mula
datang kerja tengok memang senangla
sebab duduk dekat dalam kedai, bila dah
pukul 12.00 aku kena berdiri dekat luar
untuk buat sale dekat luar...memang la ok
sebab dekat alam sentral.bila dah pukul
4.00 dia suruh aku dengan budak baru ni
pergi Lompleks PKNS untuk buat sale dekat
sane..peh memang malu la, mane tak nya
kena jumpa sorang-sorang tanya nak beli
broadband bang/kak..hahaha...memag sorrila.
dalam pukul 5 lebih aku gan daus merancang
nak bla je dari situ..tak habis-habis merancang.
hahaha..memang siutla ktrang ni..huhuh...
sampai la pukul 6 lebih, tetiba abang tu tunjuk
tempat untuk simpan barang bila nak tutup erai
nanti sebab dia dah nak balik alam sentral.....
bila abang tu bla je, aku gan daus terus kemas,
and pergi simpan barang..hahahah....memang
gila la, dah la baru masuk kerja pagi, petang
dah berenti..hahaha..lepas simpan barang-
barang aku gan daus pergi cari kerja tempat lain
banyak memang banyak kerja kosong, tapi yang
aku tak faham, kenape semua nak perempuan..
memang begang la..ada yang kosong pulak
intervew pukul 6 pagi sampai 5 petang..ktrng balik
pun pukul 6 lebih..hadui..penat gila...nak cari
kerja kat pasaraya yang kat alam sentral tu semuanya
yang kerja situ semua kenal aku, malu la pulak..hehe..
ktrang cari kerja sampai la pukul 7.55..last-last nai
fedup dah...so balik jela dok umah..hhahah...

kepada akak azlina maaf ya kak sebab kerja satu
hari je, penatla kak,dah la susah nak car sale..
maaf ya kak...

Isnin, 3 Januari 2011

Berhenti


hari ni aku berenti kerja dekat
mango delight cafe..penat do kerja sini
dah la menipu je, kata balik pukul 6.30
petang, tapi sampai pukul 9.30...kalau
nak balik kol 9.30 cakapla, ni diam je
camla tak boleh cakap gan aku. hari ni
pun zaty masuk kerja, dia kata sengan zaty
kerja pelayan dekat depan, tapi bila dia
sampai pagi kak ros suruh dia duduk dapur.
untuk tolong-tolong kat dapur..muka dia dah
lain..hahah..sian ko zaty.. aku pun tak tau
yang dia kena kerja kat dapur tetiba pulak...
aku yang kat depan lagi la penat, dah la kena
amik order , hantar makanan,n, angkat pingan.
tu biasa la sebab memang tu kerja aku.. hari sabtu
ahad kejra tak dela penat sangat, bila ari isnin ni
peh kerjanya, sampai dah tak sempat nak dudul.
ada je orang yang datang....memang penat gila..
soorila ya kak shima dah tak larat la nak kerja,
sakit pingang sik berdiri je..lagi satu bila ktrang
cakap nak balik 6.30 akak pulak yang sound ktrang.
padahal memang patut balik 6.30.so sorri ya kak..