Click here for Myspace Layouts

Ahad, 13 Februari 2011

Valentine's Day <&> Maulud Nabi

Ulasan mengenai Valentine’s day dan Maulud Nabi. Kedua-dua sambutan ini kebetulan belangsung pada hari bersebelahan. Jadi, apabila ditanya antara kedua-dua tarikh tersebut, yang mana patut kita sambut?

Lebih 90% daripada kita akan jawab Maulud Nabi.

Tentang Valentine’s day, alhamdulillah semakin ramai mendapat info tentang kesedaran di sebalik sambutan songsang ini. Kesepakatan kita menentang sambutan ini bukan sahaja digempur oleh para ulama, ustaz, ustazah, malah mereka yang bercouple, pasangan boyfriend dan girlfriend atau kekasih-kekasih di luar sana turut turun padang menyertai kempen membanteras sambutan ini. Amat menakjubkan bukan? Dengan menyertai kempen anti-Valentine's day ini, adakah ini bermakna mereka yang bercouple akan bersetuju untuk duduk diam di rumah, tidak berdating dan tidak akan memberi bunga ros kepada pasangan mereka pada tarikh tersebut? Bagaimana pula setelah tamat tarikh keramat tersebut, adakah mereka akan kembali bersambung menikmati kehidupan sebagai kekasih semula? Ini yang kita mahu mereka fikirkan.

Mengenai Maulud Nabi pula, apabila tiba tarikh tersebut barulah kita sibuk menyebut nama baginda Rasulullah SAW. Kita mula kembali masuk ke masjid mendengar ceramah perjuangan baginda. Kasih sayang terhadap baginda ditunjukkan menerusi semangat berarak di jalanan sambil berselawat dengan kuatnya. Namun amat malang juga, selang sehari selepas itu, semangat itu entah hilang ke mana. Sunnah baginda pula dibuat tidak endah. Adakah cinta kita pada Rasulullah SAW hanya layak diberikan pada tarikh kelahiran baginda sahaja? Mengapakah kita sibuk berarak yang entah kita tak tahu sunnah atau tidak, sedangkan sunnah yang dituntut lain kita tinggalkan sama sekali?

Berdasarkan persoalan-persoalan yang diberikan pada kedua-dua situasi di atas, saya ingin mengajak anda berfikir, mengapakah tindakan kita hanya dilakukan bermusim sahaja? Apakah tuntutan agama hanya khusus terhad pada satu-satu hari tertentu sahaja? Alangkah indahnya jika semua orang menganggap setiap hari adalah Valentine’s day dan setiap hari juga adalah Maulud Nabi. Maka setiap hari juga kita menentang segala gejala songsang membabitkan pasangan kekasih, dan setiap hari juga kita sentiasa menjunjung baginda Rasulullah SAW dengan sentiasa melaksanakan sunnah baginda. Mulai sekarang, ubah cara kita berfikir!


*"Alangkah indahnya jika semua orang menganggap setiap hari adalah Valentine’s day dan setiap hari juga adalah Maulud Nabi. Maka setiap hari juga kita menentang segala gejala songsang membabitkan pasangan kekasih, dan setiap hari juga kita sentiasa menjunjung baginda Rasulullah SAW dengan sentiasa melaksanakan sunnah baginda"